...

...

Thanks For Viewing SaidaRamli

Santai


Get this widget here

Kanser Payudara

dengar tajuk aje dh bole buat kite gerun kn. . . spe nk penyakit mcm nie. . .  untuk pengetahuan. . . bukan perempuan je yg boleh kene penyakit cm nie . . . lelaki pn bole jugak tao. . . . oke jom kite bce serbe sedikit mengenai penyakit nie. . .


"Kanser payudara adalah antara penyakit barah yang amat ditakuti oleh wanita kerana ia amat mudah menyerang. Apakah mitos dan fakta sebenar kanser payudara ini?"



6 Fakta & Mitos Sebenar Kanser Payudara | Kanser payudara sering kali mengancam nyawa manusia terutama sekali golongan wanita dan merupakan kanser paling biasa di kalangan hampir semua manusia di pelosok dunia..


 Terdapat variasi yang nyata dalam kadar insiden kanser payudara ini mengikut geografi. Insiden tertinggi adalah di Eropah Utara dan Amerika utara, sederhana di negara-negara Mediterranean dan Amerika Selatan dan paling rendah di Asia dan Afrika. Umur purata diagnosis yang dilaporkan adalah lebih kurang 50 tahun di negara membangun dan 60 tahun di negara-negara Barat.
Pun begitu, kanser payudara bukan hanya tertumpu kepada golongan wanita sahaja, sebaliknya, juga menyerang golongan lelaki walaupun dengan hanya jumlah yang kecil.
Ramai yang terpedaya dengan beberapa mitos yang disebarkan mengenai punca terjadinya kanser payudara dalam tubuh badan manusia. Namun, terdapat kajian yang dilakukan telah membetulkan kembali tanggapan mitos yang sudah sebati dalam pemikiran masyarakat kita.
Terdapat enam fakta dan mitos yang dikemukan oleh penulis. Antaranya:

1. Penggunaan agen antipeluh mengakibatkan kanser payudara.

Dalam kajian tersebut, tiada bukti menunjukkan bahawa bahan aktif dalam agen antipeluh atau mengurangkan perpeluhan di bawah ketiak mempengaruhi risiko kanser payudara. Hubungan antara kanser payudara dan agen anti peluh adalah berdasarkan maklumat yang tidak tepat mengenai anatomi dan kanser payudara.

2. Semua benjolan adalah kanser.

Secara umumnya, 80% benjolan adalah tidak merbahaya iaitu bukan kanser dalam payudara terutama di dalam golongan wanita muda di bawah 35 tahun. Akan tetapi risiko kanser payudara ini akan meningkat dengan bertambahnya usia.

3. Semakin besar ukuran payudara, semakin tinggi risiko.

Jumlah tisu payudara seseorang wanita tidak mempengaruhi risiko pertumbuhan kanser payudaranya. Saiz payudara bukan faktor risiko yang signifikan bagi kanser payudara.

4. Mammogram menyebabkan kanser.

Hakikatnya, mammogram adalah prosedur yang selamat serta melibatkan radiasi yang sangat minimum untuk mewujudkan imej payudara yang jelas. Sistem mamografi diperakui selamat, dikawal ketat dan pengggunaan dos radiasi yang rendah.

5. Keguguran cetusan menyebabkan kanser payudara.

Beberapa kajian memberikan data yang kuat bahawa sama ada keguguran cetusan atau spontan tidak mempunyai pengaruh secara keseluruhan terhadap risiko kanser payudara.

6. Implan payudara menyebabkan kanser.

Beberapa kajian mendapati implan payudara tidak meningkatkan risiko kanser payudara, walaupun implan payudara silikon boleh menyebabkan pembentukan parut yang tidak berbahaya pada payudara.
Oleh itu, kita digalakkan untuk melakukan pemeriksaan lanjut sekiranya terdapat sesuatu perubahan yang ketara kepada payudara kita. Pemeriksaan boleh dilakukan di hospital atau pun melakukan sendiri dengan teknik-teknik yang betul.


sumber : melayukini.net

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

2 comments:

Zul Fattah said...

laki pun boleh kena kan?

eusaida_eda said...

a,a fattah. . . boy pn bole kne. . ..