s e s a a t
"Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat
berwasiat kepada pada para muridnya dan umat islam seluruhnya.
Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin
meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia
mengamalkan sepuluh perkara."
1: HAK KEPADA DIRI
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal,
mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
3: HAK KEPADA KUBUR.
Iaitu: Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat
kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu
orang yang dizalimi.
4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan
nasihat menasihati.
5: HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu: Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan
dan sanggup menanggung kesusahan.
6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu: Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka
membantu orang beriman dan suka berjemaah.
7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu: Menangis lantaran takut kepada Allah SWT, berbuat baik
kepada ibu bapa bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi
dan memperelok akhlak.
8: HAK KEPADA RIDHWAN (PENJAGA SYURGA)
Iaitu: Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,
bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan
maksiat.
9: HAK KEPADA NABI MUHAMMAD SAW
Iaitu: Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat,
bergantung kepada As-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat dan
bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
10: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu: Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan...
p/s : tme kasih kepade para2 sahabat sudi meluangkn masa sesaat untuk entry nie. .nie xfokus at sesape pn sebenarnye tuk diri eda sndri. .eda juz nk kogsi kn jea tuk jdkn peringtan tuk kite sume. . sok eda dh start final. . doa kn eda k. . dadai~ ~
1 comments:
Hi blogger,test komen jap k :)
Post a Comment